ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri berkontroversi, Imran Khan ditahan pasukan para tentera ketika hadir di Mahkamah Tinggi Islamabad (IHC).
Untuk makluman, Imran hadir bagi pendengaran dua kes hari ini.
Menurut Ketua Polis, Akbar Nasir Khan, penahanan Ketua Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) itu dikaitkan dengan dakwaan rasuan yang mana beliau dan isteri mendapat berbilion Rupee daripada sebuah firma hartanah.
Menteri Dalam Negeri, Rana Sanaullah berkata, Imran gagal hadir di mahkamah walaupun beberapa notis telah dikeluarkan sebelum ini.
“Penahanan ini dilakukan Biro Kebertanggungjawaban Nasional kerana menyebabkan kehilangan harta negara,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah Imran tidak didera. – MalayaDailyToday