PETALING JAYA – Kawasan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya agak kecoh pagi ini ketika ketibaan ibu bapa Zayn Rayyan yang turut dibanjiri media.
Bapa Zayn Rayyan dilihat begitu tertekan apabila dikerumuni media berteriak ‘Ini semua fitnah, kami dianiaya’ disusuli oleh teriakan ahli keluarga mereka ‘Zaim, Isma you have to be strong’ sebelum pasangan terbabit dibawa masuk mahkamah sekitar jam 9.30 pagi ini.
Ahli keluarga pasangan itu juga kelihatan beremosi sambil mempamerkan bunting ‘Keadilan untuk Zayn Rayyan’ dan ‘Keadilan untuk Isma dan Zaim’ di perkarangan mahkamah.
Mahkamah hari ini menyambung enam hari lagi permohonan reman pasangan itu yang telah ditahan sejak 1 Jun lepas.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan akan memohon sambungan reman kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan pembunuhan mangsa.
Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan ditahan di sekitar Puncak Alam pada 1 Jun lalu. -MalayaDailyToday
Discussion about this post