September 4, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH #UTAMA

Ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low kembalikan aset bernilai AS$100 juta kepada Malaysia

NEW YORK – Ahli perniagaan yang masih dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menyerahkan harta bernilai lebih AS$100 juta termasuk sebuah apartment mewah di Paris dan karya seni serta Claude Monet dan Andy Warhol.

Aset yang dilucuthakkan itu adalah tambahan kepada hampir AS$1 bilion (RM4.19 bilion) termasuk kapal layar mewah bernilai AS$120 juta (RM503 juta) yang Jho Low dan keluarganya dilucuthakkan sebelum ini.

Tindakan itu dibuat bagi menyelesaikan kes pelucuthakan sivil berhubung peranannya dalam skandal rasuah dan penyelewengan dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Agensi luar negara melaporkan, lucuthak itu diumumkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) semalam, selepas Hakim Daerah AS, Dale Fischer di Los Angeles meluluskan perjanjian persetujuan dengan Jho Low serta keluarganya pada Isnin lalu.

Umum didedahkan lebih A$4.5 bilion dirompak daripada 1MDB antara 2009 dan 2015, dengan sejumlah wang dihantar ke akaun bank luar pesisir dan syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low.

Jabatan Kehakiman menyatakan bahawa Jho Low membayar kira-kira AS$35 juta untuk lukisan Monet ‘Vetheuil au Soleil’, lukisan Warhol ‘Colored Campbell’s Soup Can (Emerald Green) 1965’ dan apartment di Paris.

‘Vetheuil au soleil’ by Claude Monet, 1880
Andy Warhol’s series of ‘Colored Campbell’s Soup Cans. In 1965

Ahli perniagaan itu dan keluarganya juga akan menyerahkan harta bernilai AS$67 juta, termasuk hartanah dan akaun bank di Hong Kong, Singapura dan Switzerland.

Jabatan Kehakiman berkata, ia membantu mengembalikan lebih AS$1.5 bilion yang berkaitan dengan 1MDB ke Malaysia, dalam kes penyerahan harta sivil terbesar dalam sejarah jabatan berkenaan. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday