July 26, 2024
#UTAMA

Ibu Zayn Rayyan dibawa kembali ke lokasi Damansara untuk lakon semula kejadian

PETALING JAYA – Pagi ini dengan kawalan ketat, ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dibawa ke kediaman mereka di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini bagi melakonkan semula kejadian.

Selain rumah, suspek juga dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan mati iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman bagi melakonkan semula kejadian tersebut.

Media yang turut membanjiri lokasi berkenaan turut melihat anggota polis membawa patung kanak-kanak namun tidak dapat dipastikan tujuan tersebut. 

Polis juga tidak membenarkan dikawal dan diarahkan untuk duduk di sebuah pondok wakaf manakala pergerakan setiap penduduk akan diiringi oleh pihak polis.

Pasukan siasatan terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, menjalankan proses lakonan semula.

Setakat dilaporkan kelibat ibu Zayn yang dibawa ke lokasi manakala kehadiran bapanya ke lokasi belum dapat dipastikan.

Jumaat lalu, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday