June 23, 2024
#UTAMA

ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

GEORGE TOWN – Khabar duka sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) hari ini.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.38 tengah hari ini.

Dimaklumkan, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh pada jam 6 petang.

Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di ICU HSJ kerana komplikasi pada bahagian perut.

Nor Zambri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *