October 18, 2024
#UTAMA

Nga Kor Ming akhiri penderitaan 245 keluarga peneroka mahu miliki rumah sendiri

KUALA SELANGOR – Berita baik malah hari ini sangat beremosi buat 245 keluarga peneroka di lima ladang di Bestari Jaya di sini yang sentiasa mengimpikan memiliki rumah sendiri sejak 26 tahun lalu akhirnya tercapai.

Ini apabila Menteri Menteri Perumahan dan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mengumumkan pembinaan projek perumahan rakyat (PPR) buat kumpulan peneroka ini yang dijangka siap pada 2026.

Kesemua ladang itu melibatkan Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Sungai Minyak.

Kor Ming berkata, pembinaan bakal melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM75 juta termasuk RM35 juta daripadanya daripada kerajaan negeri. 

Difahamkan juga Berjaya Corporation memberi menyediakan tanah seluas lapan hektar di Ladang Sungai Tinggi bagi pembangunannya.

“Isu pemilikan rumah itu berlarutan sejak 26 tahun lalu iaitu 1998 dengan kerajaan bersilih ganti dan memberi kesan kepada 245 pekerja tersebut. Bagi cepatkan proses, Perbadanan PR1MA akan dilantik sebagai agensi pelaksanaan namun tertakluk kepada keputusan jemaah menteri.

“Kita menyiapkannnya sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh kelulusan dengan menjelang 2026 boleh diduduki,” katanya di Ladang Sungai Tinggi hari ini diikuti tepukan gemuruh.

Kata Kor Ming, PPR itu akan dinamakan sebagai PPR Harmoni Madani bagi mencerminkan semangat perpaduan antara kaum dan keharmonian.

“Rumah itu akan memberi manfaat kepada 1,250 orang dengan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air manakala reka bentuknya mampan alam selain terdapat sebuah dewan serbaguna dan tadika bagi keperluan penduduk,” katanya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *