September 3, 2024
#UTAMA

Sebelum boikot Starbucks, fikir tentang rakyat dulu – Vincent Tan

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia digesa menghentikan kempen memboikot Starbucks Malaysia kerana tindakan itu hanya akan merugikan rakyat negara ini sendiri.

Menurut pengasas Berjaya, Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, berkata semua pihak perlu faham bahawa Starbuck Malaysia adalah syarikat milik negara ini dan bukannya milik warga asing.

Kata beliau tindakan memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia.

“Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80 hingga 85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot itu tidak menguntungkan sesiapa,” katanya kepada media baru-baru ini.

Jelas beliau bagaimanapun situasi berkenaan semakin berubah dan mendapati sedikit peningkatan dalam jualan syarikat minuman kopi itu.

Beliau juga menjangkakan, pada suku ketiga tahun kewangan 2024 akan menunjukkan peningkatan dalam jualan. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday