September 14, 2024
#UTAMA

Mid Valley Megamall ditutup sementara selepas kebakaran

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah Mid Valley Megamall ditutup sementara waktu susulan kejadian kebakaran yang berlaku pagi ini.

Pengurusan Mid Valley City dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook memaklumkan, demi keselamatan semua pihak, gangguan sementara kepada bekalan kuasa sehingga pihak berkuasa membenarkan ia diaktifkan semula.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan kami,” katanya hantaran itu.

Kata kenyataan itu, kebakaran berlaku di pencawang luar namun keadaan terkawal dengan bantuan Pasukan Tindak Balas Kecemasan, tanpa ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagaimanapun, pusat beli-belah itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday