October 18, 2024
#POLITIK

DAP harap UMNO menang besar pada PRN – Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke melahirkan hasrat tinggi supaya UMNO menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Mengejutkan kerana satu ketika dahulu, UMNO adalah seteru dan musuh utama kepada DAP selama lebih 60 tahun.

Namun Antony yang juga Menteri Pengangkutan itu mempunyai alasan kukuh iaitu kemenangan UMNO hakikatnya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kerajaan Persekutuan.

“Saya harap UMNO akan dapat kemenangan lebih besar, kerana dengan menjadi lebih kuat, ia akan menjadikan kerajaan lebih kuat.

“Jika UMNO jadi lebih kuat, ia tidak baik untuk pembangkang,” katanya semasa sesi meja bulat gabungan pasca-PRU anjuran Bersih di Parlimen hari ini.

Anthony juga menafikan adanya pertembungan antara parti dalam kerajaan ketika PRN nanti. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *