October 18, 2024
#GLOBAL

Semakin ramai maut di Gaza akibat serangan udara Israel

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut di Semenanjung Gaza akibat serangan udara dilancarkan Israel terhadap kubu Hamas, menurut Kementerian Kesihatan.

Kakitangan perubatan mengesahkan sekurang-kurangnya sembilan warga Palestin terbunuh termasuk tiga orang awam, dan beberapa yang lain cedera.

Tentera Israel mengumumkan ia melancarkan serangan pada awal pagi tadi menyasarkan kubu kumpulan Jihad Islam, terutama tiga komander kanan kumpulan bersenjata kedua paling kuat di kawasan dikuasai Hamas itu.

Media antarabangsa melaporkan melihat bahagian atas sebuah bangunan terbakar selepas serangan itu dan ambulans membawa keluar mangsa yang cedera.

Lagi menyusul -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *