September 6, 2024
#UTAMA

Saya menangis hanya sekali di penjara – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu tersentuh dengan menonton filem ‘Anwar, The Untold Story’ berkisar perjuangan ‘sepak terajang’ dalam arena politik tanah air.

Katanya, walaupun melalui peristiwa pahit, hatinya kental mendepani dugaan apabila hanya sekali saja beliau menitiskan air mata ketika dalam penjara yang disebabkan pemergian ibu tercinta, Allahyarham Che Yan Hussein pada 2001.

“Sebagai pemimpin saya perlu kuat malah isteri saya kerap mengingatkan supaya saya bijak mengawal emosi terutama di hadapan rakyat.

“Sepanjang hidup derita di penjara, hanya sekali saya menangis iaitu apabila ibu saya meninggal dunia.

“Tapi saya hanya manusia biasa. Ada tersentuh perasaan, ada sedihnya walau pun seperti mana isteri saya sebut dalam filem ini kita jangan pamerkan kesedihan.

“Itu memang saya tidak boleh kawal Selebihnya, tawa dalam tangisan,” katanya selepas tayangan perdana filem biopik itu di Dadi Cinema Pavilion, di sini, malam tadi. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *