KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan laporan patologi mendedahkan punca kematian membabitkan tiga pengunjung konsert Pinkfish Countdown 2024 di Subang Jaya berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, punca kematian seorang lagi mangsa maut tidak dapat disahkan buat masa ini berikutan masih menunggu laporan patalogi.
“Setakat ini seramai 53 orang saksi sudah dirakam percakapan berhubung kes berkenaan. Masih lagi mangsa masih berada di hospital dalam keadaan stabil tetapi memerlukan pemantauan rapi.
“Siasatan lanjut masih lagi berjalan dan bila selesai laporan akan dirujuk ke pihak koroner,” katanya.
Sebelum ini, media media melaporkan, polis menyiasat kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, di sini.
Pemeriksaan ke atas semua individu berkenaan tidak menemukan sebarang kecederaan luaran dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -MalayaDailyToday