October 15, 2024
#BERITA #MAHKAMAH / JENAYAH

Sambung reman atau tidak, tunggu keputusan mahkamah – Polis Dungun

KUALA LUMPUR – Sama ada tempoh reman dilanjutkan atau sebaliknya terhadap wanita yang dipercayai merempuh dua buah motosikal yang dinaiki empat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu hingga menyebabkan tiga kematian akan ditentukan esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir, pihaknya belum buat keputusan tentang perkara itu ketika ini.

Sepatutnya reman akan berakhir esok.

“Belum tahu lagi permohonan sambung reman. Apa-apa tunggu di Mahkamah Kuala Terengganu esok. Kita sedang menyiasat tentang kes ini dengan terperinci pada masa ini,” katanya kepada media hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam pada Rabu, tiga penuntut UiTM Kampus Dungun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita berusia 49 tahun.

Tiga mangsa yang maut itu ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Tukirin, 25.

Kesemua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera parah. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday