September 2, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

Bapa durjana, rogol anak kandung selama 6 tahun hingga lahirkan anak di Gemencheh

SEREMBAN – Seorang lelaki sanggup merogol anak perempuan kandungnya sejak enam tahun lepas sehingga melahirkan anak di Gemencheh dekat sini.

Pihak berkuasa berjaya menahan suspek berusia 52 tahun hari ini selepas mendapat aduan daripada ibu saudara mangsa kira-kira setengah jam sebelum itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman, suspek mula merogol anak kandungnya sejak 2019 sehingga Julai lepas.

“Mangsa pula berusia 24 tahun telah melahirkan seorang anak perempuan berusia empat tahun. Lelaki itu sudah ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday