September 14, 2024
#POLITIK

6 bekas Ahli Parlimen BERSATU jadi wakil rakyat Bebas

Kuala Lumpur – Enam bekas Ahli Parlimen BERSATU mendedahkan kesemua mereka akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan kerusi mereka tidak perlu dikosongkan semalam.

Jurucakapnya, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Bebas-Labuan) menjelaskan kedudukan mereka dengan penegasan tidak akan menyertai mana-mana parti politik setakat ini.

“Perkara 49A jelas bahawa kami tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana ia akan melanggar perkara 49A.

“Apa yang kami perjuangkan sehingga menyebabkan kami menjadi Ahli Parlimen bebas adalah soal peruntukan Ahli Parlimen untuk kami berkhidmat kepada rakyat di kawasan. Tidak ada apa-ap yang lain,” katanya.

Jelas beliau, soal kedudukan mereka dalam Dewan Rakyat juga tidak berbangkit sama sekali kerana ia akan diputuskan oleh Speaker. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *