October 18, 2024
#EKONOMI #UTAMA

Kes HRD Corp: SPRM hanya siasat jika ada elemen jenayah

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan penyiasatan berhubung isu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara dari Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp semalam.

Kata SPRM dalam kenyataan rasminya, hasil analisis awal mendapati 12 rumusan teguran yang diketengahkan dalam Laporan Audit tersebut.

“Namun begitu, fokus utama siasatan SPRM menjurus kepada elemen-elemen jenayah (criminality) yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Perlu dijelaskan bahawa SPRM tidak akan menumpukan siasatan terhadap isu-isu kelemahan pengurusan dan ketidakakuran peraturan kerana perkara-perkara tersebut telah pun dijelaskan dan diperkemaskan oleh pengurusan HRD Corp sewaktu Exit Conference dengan Jabatan Audit Negara sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu juga, badan rasuah itu memohon supaya semua pihak memberi ruang dan masa yang mencukupi bagi proses siasatan ini dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *