September 14, 2024
#BERITA #UTAMA

Pemandu kereta Lamborghini maut terbakar

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta Lamborghini dipandu terbakar, dalam nahas di Jalan Bentong-Karak KM57.1 arah Timur, Bentong hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.06 pagi.

Dedah beliau, seramai lapan anggota dari Balai Bomba Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 26km.

“Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peratusan kebakaran kira-kira 100 peratus manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya.

Beliau berkata, pemandu tersepit disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday