September 15, 2024
#BERITA

Kutipan Tabung Solidariti akan diserahkan sepenuhnya kepada Selangor FC

SHAH ALAM – Kutipan Tabung Solidariti Bersama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) telah dilancarkan kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan diserahkan 100 peratus kepada Selangor FC.

Mendedahkan inisitif itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi, tidak sampai 48 jam sejak tabung itu dilancar, sebanyak RM40,000 berjaya dikumpul.

“Apa yang kita dapat sehingga 2 Julai nanti akan diserahkan 100 peratus kepada Selangor FC.

“Tidak ada sebarang caj pentadbiran dan sumbangan awam itu akan digunakan Selangor FC dalam proses mendapatkan keadilan yang lebih tinggi.

“Tabung solidariti ini bukan soal memberikan duit semata-mata tetapi lebih kepada peluang serta ruang kepada peminat Selangor FC dan bola sepak negara untuk menzahirkan solidariti kepada Selangor FC.

“Kita tidak menilaikan sumbangan yang diberikan dan kita galakkan sumbangan serendah RM1,” katanya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday