July 24, 2024
#UTAMA

Sah, polis sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan hari ini menyambung reman kedua ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi meneruskan siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas tempoh reman tamat esok.

Peguam mewakili pasangan itu, Fahmi Abd Moin, beliau tidak pasti sama ada anak guamnya akan disambung reman atau sebaliknya esok.

Cubaan Fahmi untuk bertemu dengan pasangan terbabit yang ketika ini berada dalam tahanan reman tidak berjaya.

Jumaat lepas, polis menahan ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan di Puncak Alam bagi membantu siasatan dan kedua-dua mereka direman tujuh hari di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 9 malam selepas hampir 30 jam dilaporkan hilang.

Berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday