July 27, 2024
#POLITIK

๐Ÿ‘๐Ÿ ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ค ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐ญ๐ž๐ง๐๐ž๐ซ ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐๐ข๐ง๐š๐Ÿ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ก๐š๐ค? ๐Œ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š ๐€๐ง๐ญ๐ก๐จ๐ง๐ฒ ๐‹๐จ๐ค๐ž – MCA

Tular di media sosial berkenaan senarai 31 nama syarikat yang dikatakan layak dalam sektor pengangkutan awam serta patut diberi peluang untuk terlibat menyertai tender secara terbuka bagi Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri Selangor.

Antara 31 syarikat tersebut ialah Big Blue Capital, Cab Mobility, DB Network, DMD Technology, EZCab, Faszz Technology dan Grabcar.

Demi menjaga nama baik Kerajaan Perpaduan serta menyahut seruan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung ketelusan dan tatakelola baik, Menteri Pengangkutan daripada parti DAP, YB Anthony Loke Siew Fook dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Selangor, YB Ng Sze Han perlu tampil ke hadapan menjelaskan secara tuntas sama ada apa yang tular ini benar atau sebaliknya? Ini penting bagi mengelakkan fitnah dan persepsi negatif terhadap Kerajaan Perpaduan.

Jika benar, kenapa projek rintis DRT di Selangor hanya diberikan kepada dua buah syarikat tanpa tender terbuka, termasuk salah satu syarikat dikatakan milik suami kepada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang juga dari parti DAP.

Jika kesemua 31 syarikat yang tular ini tidak layak untuk menyertai tender terbuka bagi bidang yang dimaksudkan, bolehkah YB Anthony Loke beritahu rakyat mengenai perinciannya, sebab-sebab mereka tidak layak.

Neow Choo Seong
๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐Œ๐‚๐€
๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *