September 6, 2024
#POLITIK

MB akan menghadap Sultan Terengganu tapi berahsia tarikh bubar

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sudah mempunyai tarikh untuk menghadap Sultan Terengganu bagi mendapat perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat ini.

Namun pada masa sama, beliau masih lagi terus berteka teki tentang tarikh ‘sebenar’ sebaliknya hanya meminta rakyat menunggu pengumuman rasmi pada bila-bila masa.

Kata Ahmad Samsuri beliau dijangka menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin pada pada penghujung bulan depan.

“Ada… sudah ada tarikh tapi saya tak mahu bagitahu bila,” katanya tersenyum. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday