KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini telah menetapkan selewat-lewatnya 30 Mei untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab penyataan pembelaan dikemukan oleh Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.
Untuk makluman, ketika ini Anwar yang juga Presiden PKR menyaman Awang Hashim kerana mendakwa telah mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur fitnah.
Penyataan pembelaan Awang Hashim berkaitan dakwaan beliau menuduh Anwar seorang pendendam dengan melaksanakan pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Peguam mewakili Anwar, SN Nair hari ini mengesahkan tarikh untuk pihaknya mengemukakan jawapan pembelaan selepas pengurusan kes berkenaan secara e-review di hadapan Timbalan Pendaftar, Aisyaf Falina Abdullah hari ini.
“Kes seterusnya pada ditetapkan pada 31 Mei ini,” katanya.
Dalam penyataan pembelaan pada 3 April lepas, Awang tampil menyoal mengapa Anwar tidak mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan atau membuat pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ini selepas sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, Anwar ketika menjadi Ketua Pembangkang antara yang lantang menyoal isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang dikaitkan dengannya ketika menjadi Menteri Pertahanan.
Anwar sebelum ini selaku plaintif menyatakan Awang Hashim yang dinamakan sebagai defendan telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur fitnah pada 21 Februari lalu di lobi Dewan Rakyat, bangunan Parlimen di sini. -MalayaDailyToday
Discussion about this post