September 15, 2024
#BERITA

Buat masa ini, belum lagi umum darurat tapi kita sudah sedia -Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan belum berhasrat mengisytiharkan darurat susulan cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini.

Katanya perkara itu belum diputuskan namun kerajaan sudah bersedia jika situasi bertambah buruk.

Ketika ini kerajaan sedang memantau perkembangan cuaca ketika ini yang jika ada keperluan, darurat akan diisytiharkan.

“Buat masa ini, belum lagi umum darurat tapi kita sudah sedia. Kita akan gunakan Arahan No 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksana langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1/2023 hari ini.

Ditanya jika cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan mengaktifkan segera Arahan No 20 MKN. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday