KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM sedang menyediakan laporan lengkap susulan pendedahan SPRM bahawa polis mengabaikan laporan salah laku anggota pasukan itu.
Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya juga sedang meneliti laporan salah laku dikatakan tidak diambil tindakan.
“Dalam masa sama, kita juga sedang meneliti mana laporan yang dikatakan kita tidak maklumkan kepada SPRM untuk tindakan yang patut diambil kepada mereka terlibat.
“Saya ingin memberi jaminan bahawa PDRM tidak pernah berkompromi atau leka malah sentiasa bekerjasama erat dengan setiap agensi untuk memastikan integriti dalam PDRM sentiasa ditegakkan,” katanya hari ini. -MalayaDailyToday
Discussion about this post