NEW YORK – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didapati bersalah melakukan pencabulan seksual dan memfitnah bekas wartawan, E Jean Carroll oleh barisan juri pagi ini waktu.
Sehubungan itu, Trump itu diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$5 juta (RM22.2 juta) kepada wanita berkenaan.
Barisan juri dianggotai sembilan orang bagaimanapun menolak dakwaan Jean dirogol, namun sebulat suara mengekalkan tuduhan lain yang dikemukakan dalam kes perbicaraan sivil itu.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Trump buat pertama kali berdepan hukuman undang-undang berhubung rentetan dakwaan serangan seksual sejak beberapa dekad lalu.
Bagaimanapun, bekas pemimpin itu dengan pantas menolak keputusan itu dengan menyifatkannya sebagai memalukan.
Jean, 79, memfailkan saman terhadap Trump dengan mendakwa bekas presiden AS itu melakukan serangan seksual terhadapnya di sebuah bilik persalinan butik mewah, Bergdorf Goodman di Fifth Avenue, Manhattan, pada tahun 1996.
Bekas kolumnis majalah Elle itu, turut mendakwa Trump memfitnahnya apabila dia merujuknya sebagai ‘penipuan yang lengkap’ selepas dia mendedahkan dakwaan itu kepada umum pada tahun 2019.
Trump, 76, menyifatkan kes itu sebagai tuduhan ‘palsu’ dan ‘pembohongan’ semata-matanya. -MalayaDailyToday
Discussion about this post