September 14, 2024
#SANA SINI

Sering rasa gatal pada lidah selepas makan nanas? Ini penyelesaiannya

KUALA LUMPUR – Ramai penggemar buah nenas yang begitu kaya dengan nutrien dan khasiatnya terutamanya kaya dengan Vitamin C, mangan (sejenis mineral) dan enzim untuk membantu pencernaan.

Ramai tidak tahu sebenarnya pengambilan nanas juga boleh meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko kanser.

Namun begitu, selepas memakan nanas, pernahkah anda mengalami sensasi aneh di belakang tekak atau rasa gatal-gatal pada lidah? 

Perkara ini berlaku disebabkan oleh kompleks enzim yang dipanggil bromelain iaitu sejenis enzim menguraikan protein menjadi blok binaannya yang dikenali sebagai asid amino. 

Namun umum patut tahu bahawa enzim bromelain sangat bagus untuk melawan keradangan dan mempercepatkan tempoh pemulihan selepas pembedahan.

Sebenarnya bromelain bertindak balas melarutkan lendir pelindung yang berada di keseluruhan permukaan lidah dan lelangit.

Kegatalan itu menandakan badan anda mula menjana semula mana-mana sel yang rosak, menghalang sebarang kehilangan sel yang kekal.

Tetapi jangan panik kerana ianya normal dan bukan kerana anda mempunyai alergi terhadap nanas. 

Untuk penyelesaian, antaranya yang anda perlu lakukan sebelum makan nanas ialah memastikan nanas yang dibeli sudah masak sepenuhnya. 

Anda juga boleh cuba iaitu rendam nanas yang telah dikupas dalam air garam untuk mengurangkan kerengsaannya. 

Penjelasan kepada kaedah ini ialah apabila nanas direndam dalam air garam, ia akan  membantu melarutkan sebahagian daripada keasidan itu dan menjadikan bromelain kurang berkesan. 

Jangan lupa membilas nanas dengan air biasa semula untuk mengelakkan rasa masin daripada garam.

Jika lidah masih terasa gatal-gatal, mungkin anda boleh cuba untuk memasak nanas dalam pelbagai cara seperti memanggang atau mencelur nanas seketika dalam air panas.

Kaedah ini juga mampu untuk mengeluarkan atau mengurangkan kereaktifan enzim tersebut. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday