LOS ANGELES – Pelakon veteran Hollywood dan pemenang Anugerah Akademi (Oscar), Eva Marie Saint meninggal dunia akibat faktor usia pada Selasa di kediamannya di Los Angeles pada usia 102 tahun.
Jurucakapnya, Jeff Sanderson mengesahkan pemergian Bintang filem klasik On the Waterfront dan North by Northwest itu, sambil memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga serta insan tersayang, lapor Agensi Berita Agence France-Presse (AFP).
Sepanjang tujuh dekad penglibatannya dalam industri seni, Saint mengukuhkan namanya sebagai antara figura paling berpengaruh dalam dunia perfileman dan televisyen global.
Mendiang pernah bekerjasama dengan barisan pengarah legenda industri sinematik dunia, termasuk Alfred Hitchcock dan Elia Kazan.
Selain merangkul trofi Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi wataknya dalam On the Waterfront, Saint turut diiktiraf menerusi kemenangan Anugerah Emmy sepanjang kerjaya seni terkemukanya. -MalayaDailyToday





















































