KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Pertemuan selama hampir sejam itu berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Baginda berkenan menerima sembah maklum berhubung perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Dalam pertemuan itu, Baginda turut berkenan membincangkan isu-isu semasa bersama Perdana Menteri.-MalayaDailyToday




























































