KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Hong Kong, Simon Lui meninggal dunia akibat kanser perut pada usia 62 tahun di Guangzhou, China pada Isnin lalu (7 Sept).
Kematian pelakon yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Hantu’ itu disahkan oleh isterinya, pempengaruh media sosial China, Ma Li, menurut laporan media Hong Kong hari ini.
Lui menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki.
Menurut laporan berkenaan, Lui pernah pulih daripada penyakit kanser sebelum ini, namun penyakit tersebut dilapor menyerang semula sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Perkembangan itu memaksa beliau berehat daripada dunia pengeluaran filem dan menjalani kehidupan secara bersendirian bersama keluarganya di Guangzhou.
Upacara pengebumian mendiang akan diadakan secara tertutup esok (12 Sept).
Lui memulakan kerjaya seni pada tahun 1988 menerusi Program Latihan Artitis TVB dan meraih populariti meluas menerusi siri filem komedi seram popular Troublesome Night pada tahun 1997.
Antara filem lain yang pernah dibintanginya termasuk Paris Holiday (2015), A Beautiful Moment (2018), dan Dragon Action Secret Code (2019).
































































