KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh membuat rayuan terus kepada Mahkamah Persekutuan memandangkan kes salah guna kuasa dan penggubahan wang haram masih lagi di Mahkamah Sesyen hujah pendakwaan pagi ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, pendakwaan akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan prosiding mahkamah rendah, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Kata Wan Shaharuddin, undang-undang tidak memperuntukan tindakan sedemikian dan jenayah utama adalah di Mahkamah Sesyen serta dihadkan oleh Seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA).
“Ini jelas bertentangan dan tidak ikut undang-undang.Peruntukkan itu sudah menyatakan sebarang rayuan boleh dari Mahkamah Sesyen hanya boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi dan kemudian ke Mahkamah Rayuan.
“Hanya rayuan daripada Mahkamah Tinggi boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan kemudian ke Mahkamah Persekutuan,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi. -MalayaDailyToday
Discussion about this post