KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan baginda tidak akan sesekali melayan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.
Sebaliknya setiap pihak diseru menerima menghormati pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara ketika ini.
“Jika hendak bermain politik, baginda memberi amaran supaya mereka menunggu peluang itu untuk bersaing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Ingin beta tegaskan di sini, beta tidak akan melayan sebagai permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.
“Semua pihak mestilah menerima dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada hendak bermain politik, tunggu masa pilihan raya yang akan datang,” titahnya ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini. -MalayaDailyToday