October 15, 2024
#BERITA

Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di Taman Melawati

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan yang melanda ibu negara Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Melawati, Ampang.

Menerusi video tular di platform X (Twitter), memaparkan kejadian itu berlaku bersebelahan taman perumahan.

Klip 23 saat itu menunjukkan tanah di kawasan bukit bersebelahan, runtuh membawa lumpur dan pokok-pokok tumbang hingga ke kediaman.

Sumber: X (Twitter) MYNEWSHUB

Salah sebuah kenderaan dipercayai terkesan dengan insiden itu selepas sebatang pokok dipercayai mengenai pada bahagian hadapan.

Beberapa penduduk turut berkongsikan video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday