October 15, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH #UTAMA

Sampai hati bapa sendiri dera anak kandung….

TAIPING – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang disyaki didera oleh bapa kandung dan ibu tiri berjaya diselamatkan pihak berkuasa beberapa hari lepas.

Menurut Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff, sepasang suami isteri telah direman lima hari sejak kelmarin di di Taman Permai, Ladang Kalumpang Bagan Serai di sini.

Jana mendedahkan, suspek lelaki berusia 47 tahun merupakan bapa kandung kepada kanak- kanak tersebut manakala suspek wanita 33 tahun merupakan emak tiri kepada mangsa.

“Kedua-dua suspek ditahan selepas polis menerima laporan mengenai penderaan terhadap kanak-kanak tersebut pada pukul 5.30 petang Khamis lalu.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menahan seorang lelaki berusia 47 yang dipercayai bapa kandung kanak-kanak itu dan ibu tiri di sebuah rumah di Ladang Kalumpang di sini bagi siasatan lanjut,” katanya kepada media.

Mangsa difahamkan sedang menerima rawatan dan stabil di Hospital Taiping di sini ketika ini.

Doktor juga mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian muka, dada, perut, kedua-dua belah tangan, kaki dan paha akibat dipukul.

Dalam pada itu, Jana berkata, polis turut merampas beberapa alat yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa selain tiga botol cecair disyaki air ketum.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 30(3)Akta Racun 1952. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday