KKM kesan 31 kes MPOX
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan telah mengesan sebanyak 31 kes disyaki cacar monyet atau mpox sehingga semalam.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, 25 kes disahkan negatif, manakala enam lagi masih dalam pemantauan.
Katanya sehingga kini tiada kes baharu membabitkan mpox dilaporkan. -MalayaDailyToday