Bekas Senator, Roslan Awang meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Negara Datuk Roslan Awang Chik meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat strok hari ini.
Mengesahkan perkara itu, anak lelaki arwah, Fadhlan Roslan, 44, berkata bapanya berusia meninggal dunia pada 2.51 pagi tadi di sisi beberapa ahli keluarga.
Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman mereka di Batu Buruk, di sini untuk disolatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim selepas zohor.
“Arwah juga menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu dan menjalani rawatan kimoterapi di HSNZ,” katanya kepada media.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.
Roslan pernah menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang selama satu penggal dari 1995 hingga 1999, dan juga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bermula 2004 hingga 2010. -MalayaDailyToday