Kuala Lumpur – Sebanyak 9.1 juta dos vaksin COVID-19 pelbagai jenama dilupuskan membabitkan kerugian RM185 juta setakat 11 Jun lalu.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ini juga membabitkan beberapa perkara antaranya logistik dan juga penyimpanan stok.
Kata beliau, sejak program imunisasi COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021, kerajaan menerima 84.5 juta dos vaksin sama ada melalui perolehan atau sumbangan.
“Saya tidak bermaksud negatif terhadap Menteri-Menteri terdahulu.
“Bagi menteri-menteri terdahulu sebelum saya, mereka tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan dengan itu saya memahami kalau ada kelebihan ia terkait dengan persaingan untuk mendapatkan vaksin itu adalah sangat sengit,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. -MalayaDailyToday
Discussion about this post