Kuala Lumpur – Syarikat hartanah terkenal dan popular sekitar Selayang, JL99 terus mara dengan pelbagai inisiatif ‘win-win’ bagi memastikan kepuasan pembelinya, lebih luar biasa apabila pembeli itu dalam sekelip mata menjadi jutawan.
Malah pada acara cabutan bertuah bernilai hampir RM2 juta telah diberikan sebagai penghargaan buat para pembeli-pembeli Project 99 Residence@KL North baru-baru ini oleh pengasasnya, Datuk Seri Jeff B K Lee mengejutkan para pembelinya dengan menghadiahkan sebuah unit rumah bernilai RM RM545,000 dan dua buah kenderaan dengan salah satunya jenis Proton X70 yang bernilai RM101,600.
Cabutan bertuah yang bukan sahaja membawa tuah sebaliknya tarikan akan diteruskan bagi projek seterusnya dengan nilaian sebanyak RM3 juta iaitu projek 99 Legend, kediaman bertingkat yang terletak di lokasi strategik di Pusat Bandar Utara Selayang, Batu Caves di sini.
Projek yang dijangka siap menjelang 2028 itu terdiri daripada bangunan setinggi 57 tingkat dengan 1,214 unit rumah dan kemudahan dua hingga tiga lot parkir untuk setiap pemilik.
Bercakap dengan MalayaDailyToday, Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) Kumpulan JL99 Nur Ainaa Che Abdullah berkata, inisiatif itu dibuat bukan hanya untuk menjadikan projek perumahan dibina menjadi daya tarikan pembeli sebaliknya untuk memastikan setiap pembeli berpeluang memenangi cabutan bertuah yang ditawarkan.
“Majoriti mereka yang membeli projek kediaman kami adalah pembeli rumah pertama, sebab itu syarikat memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi menawarkan hadiah seperti kereta, wang tunai termasuk rumah percuma.
“Kami mahu setiap pembeli diberi ganjaran dan membawa pulang hadiah sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian hadiah utama cabutan bertuah 99 Residence di sini, baru-baru ini.
Difahamkan, Dalam pada itu, projek 99 Legend dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028 dan mempunyai 1,214 unit.
“Nilai pembangunan kasar (GDV) projek servis apartmen ini berjumlah RM790 juta dan menampilkan sebanyak 55 fasaliti mewah pada harga berpatutan antara RM478,000 sehingga lebih RM700,000,” katanya.
99 Legend dibangunkan di tanah berkeluasan 1.71 hektar dengan mempunyai 57 tingkat termasuk lima ‘Penthouse’ serta disediakan dua hingga tiga lot parkir.
Dalam pada itu, ketika bercakap dengan pemenang bertuah 99 Residence, Pengurus Perolehan, Keoh Ming Yien yang memenangi sebuah unit kondominium seluas 900 kaki persegi melahirkan rasa penghargaan tidak terhingga kepada Kumpulan JL99.
“Terima kasih banyak-banyak kepada JL99, anda memang tuah kepada saya. Seumur hidup saya tidak pernah menang apa-apa. Memang cukup berterima kasih. Anda memang yang terbaik.
“Saya beli rumah ini kerana ini adalah satu aset yang berharga, malah jika anda lihat sendiri betapa hebatnya rumah-rumah binaan JL99 ini. Harga juga sesuatu yang bukan luar biasa sebaliknya masih mampu milik buat rata-rata penghuni,” katanya.
Ming Yien ketika ditemui berkata, dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu menjual atau menyewakan rumah dimenanginya.
Jelas anak kelahiran Sitiawan, Perak itu, dia masih memerlukan masa untuk menerima kenyataan.
“Saya tak pernah tau (menang cabutan bertuah) sebelum ni. Inilah first time. Rasa macam tak jejak bumi aja bila diberitahu saya menang rumah,” katanya sambil ketawa.
Dalam pada itu, bagi pemenang tempat kedua, Chong Min Yu, 30, beliau hanya memutuskan untuk membeli unit kondominium di bawah projek 99 Residence, beranggapan ia hanyalah satu anjakan paradigma buat dirinya dan keluarga.
Bagi wanita itu, unit kondominium berkenaan ialah pelaburan buatnya dan suami yang mahu memulakan kehidupan dengan lebih selesa dan privasi, justeru dia terperanjat besar apabila percaturan tersebut membuahkan kejutan yang amat tidak disangka.
Hujung minggu lalu, ibu dua anak ini diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah dianjurkan khusus oleh Kumpulan JL99 buat pembeli-pembeli unit kondominium 99 Residence.
Hadiah dimenangi Setiausaha Syarikat itu bukan calang-calang, kerana dia membawa pulang kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang bernilai RM101,600.
“Saya rasa sangat hebat, saya ada rumah dan kemudian kini dapat kereta hebat. Saya sangat bertuah, terima kasih JL99,” ujarnya. -MalayaDailyToday
Discussion about this post