September 14, 2024
#BERITA #EKONOMI

Setakat ini, kerajaan jamin harga gula tidak akan naik

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga gula di pasaran setakat ini.

Jaminan itu diberikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Kata beliau, setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat di peringkat Kabinet untuk menaikkan harga gula, malah perkara itu juga sudah banyak kali diperjelas di Parlimen sebelum ini.

Katanya, spekulasi mengenai kenaikan harga gula timbul pada April lalu, susulan aduan daripada pihak industri yang memohon kerajaan menaikkan harga gula selepas mendakwa mengalami kerugian sebanyak 88 sen bagi setiap kilogram gula yang dikeluarkan.

“Tapi kerajaan beri insentif RM42 juta sebulan kepada syarikat-syarikat ini untuk menstabilkan harga bekalan. Kita tidak mahu nanti mereka rugi dan selepas itu tidak lagi keluarkan gula.

“Kita beri insentif supaya mereka keluarkan juga gula biarpun dalam keadaan mereka mengalami kerugian,” katanya hari ini. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday