June 23, 2024
#BERITA

Kerajaan akan sumbang dana tambahan RM200 juta untuk perkasa bidang TVET

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi peruntukan tambahan bernilai RM200 juta untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan itu akan disalurkan melalui Perbadanan Tabung Kemahiran Negara, selain Majlis TVET Negara bertanggungjawab menentukan bidang keutamaannya.

Beliau antara lain bersetuju untuk mewujudkan lebih banyak segmen TVET terutama kepada masyarakat Orang Asli dan orang asal di Sabah serta Sarawak, selain menyifatkan perkara itu selari konsep Madani.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari TVET Negara di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat di sini, hari ini. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *