September 4, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

Bayi kena kelar sudah selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan di Pasir Gudang, Johor Bharu adalah akibat luka dikelar di bahagian leher dipercayai dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak yang mengesahkan mangsa itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian Sabtu lepas.

Kata beliau, kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari menyaksikan suspek menghantar gambar bayi yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp sejurus selepas mengelar kanak-kanak tersebut.

Jelas beliau, sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jenazah telah dituntut oleh bapanya sejurus selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan HSI pada kira-kira jam 3.30 petang tadi,” katanya.

Difahamkan jenazah telah dikebumikan di Felda Redong, Segamat. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday