KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia semakin tertekan dan terkesan dengan pelbagai kenaikan termasuklah harga makan di restoran mahupun gerai-gerai tepi jalan.
Baru-baru ini seorang pempengaruh TikTok, Saify Akhtar mendakwa, harga makanan mahal menyebabkan ramai orang memilih untuk melancong ke Thailand yang menawarkan pelbagai pilihan dengan harga jauh lebih murah dibandingkan dengan destinasi percutian di Malaysia.
“Macam mana makanan di Malaysia lagi mahal dari Hatyai? Kalau makan seafood (makanan laut), pasti bil akan lebih RM100 untuk satu keluarga. Di Hatyai tak sampai RM100 walaupun mata wang bath lagi tinggi dari ringgit, tetapi mengapa harga makanan masih mahal?
“Restoran di kawasan pelancongan tak boleh nak untung (sehingga) dua hingga tiga kali ganda. Sebab itu rakyat Malaysia lari ke Hatyai,” katanya dalam TikTok.
Saify berpandangan, Malaysia juga tidak memberi tambah nilai kepada tempat-tempah bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong luar.
Untuk makluman sebelum ini dilaporkan, jumlah rakyat Malaysia yang berkunjung ke bandar raya di selatan Thailand itu meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang sekali gus menyumbang lebih dua bilion baht kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum tahun berakhir 2023. -MalayaDailyToday
Discussion about this post