September 6, 2024
#BERITA

Memorandum memohon bantuan Menteri Pengangkutan (MOT) untuk menyelesaikan isu membabitkan LPK

PUTRAJAYA – Merujuk kepada emel yang pernah dihantar untuk perhatian YB Menteri Pengangkutan, Sdra Anthony Loke pada 22 Januari 2024, beberapa isu melibatkan Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) masih gagal diselesaikan.

Terdahulu, satu sidang akhbar juga telah diadakan pada 12 Januari 2024 berkaitan isu sama.

Memandangkan setiap isu dibangkitkan amat penting untuk sektor perkapalan tempatan khususnya di Pelabuhan Selatan, berikut dimajukan beberapa perkara penting yang memerlukan tindakan segera YB Menteri.

• Isu melibatkan keengganan LPK menangani kapal bersaiz lebih 185 meter, walaupun ia terbukti boleh dilaksanakan sebelum ini. Wujudkan pekeliling untuk mengelakkan masalah komunikasi dan meningkatkan pendapatan.

• Kekangan berlabuh di Pelabuhan Selatan untuk kapal besar kerana masalah pencahayaan yang menyebabkan kerugian. Menggesa penyelesaian segera untuk memaksimumkan pengeluaran dan meminimumkan perbelanjaan yang tidak perlu.

• Isu kerja-kerja mendalamkan laut di Pelabuhan Kurap, Klang yang menyebabkan paras air laut semakin cetek. Mengkaji semula proses mendalamkan pelabuhan, SOP dan potensi kerja-kerja penyelenggaraan.

• Menggesa LPK menaik taraf SOP dengan menekankan kepentingan untuk pembangunan berterusan operasi pelabuhan. Mencadangkan penggubal undang-undang mengkaji semula garis panduan komunikasi dan dasar-dasar untuk kapal berlabuh.

• Melahirkan keprihatinan sebagai pelabur jangka panjang dan ‘advocate’ untuk menambah baik pelabuhan, menggesa ketelusan dan kritikan membina untuk masa depan industri yang lebih baik.

• Menekankan kepentingan untuk perdagangan antarabangsa beroperasi 24/7, memandangkan kapal masuk silih berganti. Menekankan keperluan untuk semua kemudahan menepati kualiti operasi dan pelaburan kewangan yang dibuat.

• Menyeru penggubal undang-undang dan pemimpin industri untuk mencari penyelesaian jangka panjang demi kemakmuran dan masa depan perniagaan, selaras dengan peranan industri dalam menjana kekayaan dan ekonomi negara.

• Meminta Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke untuk menggunakan kepakaran beliau menangani segala isu melibatkan pelabur dan pemilik, dan yakin dengan profesionalisme MOT dalam menangani isu ini.

Saya selaku sebahagian daripada pemain industri yang sudah bertapak selama hampir 30 tahun amat mengharapkan penyelesaian tuntas dapat diwujudkan pada kadar segera.

YB Menteri sendiri sebagai tonggak utama Kementerian Pengangkutan pasti mahu melihat pelabuhan tempatan mencatatkan pendapatan lebih baik ketimbang dahulu.

Saya mewakili rakan-rakan lain percaya budi bicara dan kebijaksanaan YB Menteri mampu menghasilkan penyelesaian segera yang membawa manfaat kepada semua pihak terlibat.

Datuk Seri R Jeyenderan
Ketua Pegawai Eksekutif
Maritime Network Sdn. Bhd.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *