September 5, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

Berpuluh ahli perniagaan kena tipu ‘scam’ skim pelaburan

KUALA LUMPUR – Lagi mangsa ‘scam’, kali ini akibat percayakan rakan, sekumpulan ahli perniagaan mendakwa menjadi mangsa beberapa skim pelaburan dan koperasi sehingga menyebabkan kerugian lebih RM10 juta.

Seramai 10 individu yang membuat laporan polis itu mendakwa ada lebih ramai mangsa namun ada antaranya enggan tampil ketika ini.

Kata peguam mewakili kumpulan itu, Dinesh Muthal, kesemua anak guamnya telah membuat laporan polis secara berperingkat sejak dua minggu lepas berhubung penipuan pelaburan berkenaan.

“Setakat ini, 20 orang mangsa sudah tampil membuat laporan dan jumlah kerugian berbeza antara RM50,000 sehingga RM1.5 juta atau lebih lagi,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Kata Dinesh, ketika ini pihaknya akan mengambil tindakan perundangan selain berharap adanya tindakan susulan daripada pihak polis.

Selepas lapor polis, kita juga akan buat laporan susulan dengan Suruhanjaya Koperasi serta Bank Negara Malaysia selain tindakan undang-undang. Apa yang dilakukan ini adalah penipuan terang lagi bersuluh,” ujarnya.

Seorang mangsa yang juga ejen insurans, Datuk Selvamani Ramasamy mendedahkan beliau telah kerugian lebih RM300,000

Seorang lagi mangsa yang tidak boleh dinamakan mendakwa kerugian RM3.3juta dalam tempoh 24 bulan.

“Beliau mendekati saya melalui seorang lagi rakan perniagaan dan membentangkan perancangan perniagaan yang meyakinkan, pada awalnya mangsa melaburkan RM1.5 juta dan menerima bayaran dividen sebanyak RM300,000.

“Setelah menerima dividen pertama, saya mula mempercayai beliau dan menambah pelaburan sehingga RM3.3 juta,” ujarnya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday