October 18, 2024
#MAHKAMAH / JENAYAH

3 individu ditangkap terlibat perlombongan haram di Raub

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk penjawat awam ditahan pihak berkuasa selepas menyerbu dan membongkar kegiatan perlombongan bijih haram di Raub lewat malam tadi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga suspek lelaki yang berusia antara 40an hingga 60an itu yang terdiri daripada pengusaha lombong dan penjawat awam ditahan kira-kira pukul 6.30 petang di Bentong, Pahang.

Sumber berkata, modus operandi sindiket ialah melakukan kegiatan perlombongan di luar kawasan perlombongan yang ditetap dan dibenarkan kepada syarikat mereka.

SPRM difahamkan telah mengesan perlombongan haram dan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM1.8 juta di Raub, Pahang.

“Bagaimanapun, difahamkan kegiatan perlombongan haram itu sudah mengakibatkan kerajaan Pahang mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM4.7 juta,” katanya.

Sumber berkata, pelombong haram ini melakukan aktiviti melombong pada lewat petang hingga malam untuk mengelakkan kegiatan itu disedari oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kita sudah sudah melakukan pemantauan di kawasan tersebut sejak tiga minggu lalu sebelum melancarkan operasi itu semalam,” dedahnya. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *