September 4, 2024
#GLOBAL

Warga China 39 dikuathiri lemas di Lautan Hindi

BEIJING – Sekurang-kurangnya 39 orang dikhuatiri lemas selepas sebuah kapal nelayan China terbalik di tengah Lautan Hindi.

Agensi CCTV melaporkan individu itu terdiri daripada 17 anak kapal China, 17 warga Indonesia dan lima kelasi dari Filipina.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan semua anak kapal yang hilang.

Malah, Perdana Menteri China, Li Qiang mengarahkan pihak berkuasa mengukuhkan prosedur keselamatan untuk aktiviti menangkap ikan di laut.

Kapal dikenali sebagai Lu Peng Yuan Yu 028 dilaporkan karam kira-kira pukul 3 pagi.

Menurut laman sesawang penjejakan Marine Traffic, kapal itu meninggalkan Cape Town pada 5 Mei lalu.

Kapal itu yang dalam perjalanan ke Busan, kali terakhir ditemukan pada 10 Mei di tenggara Pulau Reunion. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday