September 3, 2024
#BERITA

Fadlina Sidek nafi sambutan Hari Guru disyaratkan dengan kek logo PH

KUALA LUMPUR – Mesej viral yang mencetuskan kebimbangan segelintir dengan tangkap layar pesanan mesej di aplikasi Whatsapp yang mengarahkan sekolah hanya boleh menerima kek sambutan Hari Guru dengan syarat beserta logo parti Pakatan Harapan adalah palsu.

Perkara itu disahkan dan dikongsi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Fadhlina turut berkongsi tangkap layar pesanan mesej itu yang turut memaparkan tiga perenggan arahan dan kenyataan berhubung syarat sumbangan kek oleh pihak luar termasuk wakil rakyat setempat.

Pada hantaran sama, Fadhlina turut berkongsi ‘nota segera’ berbunyi ‘makan kek boleh, tapi jangan lupa minum air masak banyak-banyak ya!

Sebelum ini, tular satu tangkap layar pesanan Whatsapp yang ditujukan khas buat Pegawai Pendidikan Daerah.

Antara kandungan mesej itu antara lain menetapkan syarat kepada Guru Besar dan Pengetua supaya wajib ada logo parti Pakatan Harapan jika ingin menyumbang kek kepada sekolah. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malayadailytoday