KUALA LUMPUR – Mengejutkan, Polis Selangor mendapati mengesan jenayah seksual bawah umur berada di tahap membimbangkan apabila mencatatkan sebanyak 155 kes dilaporkan sejak Januari hingga April lalu.
Daripada jumlah itu, 33 individu yang ditahan merupakan pelajar lelaki.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mendedahkan, kemudahan akses kepada internet dan media sosial memainkan peranan berlakunya jenayah seksual di bawah umur.
“Kebanyakan kes mangsa melibatkan pelajar. Kita juga dapati kes-kes begini kian meningkat dan kemungkinan faktornya adalah suka sama suka.
“Jenayah seksual di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan besar dan tidak faham akan undang-undang juga memainkan peranan suspek melakukan jenayah walaupun atas dasar suka sama suka,” katanya.
Tambah beliau, bahan-bahan lucah di internet mudah diakses oleh golongan ini hinggakan mereka menjadi teruja untuk melakukan hubungan seksual dengan mangsa.
“Ibu bapa dan penjaga perlu memantau dan beri perhatian terhadap aktiviti anak-anak mereka,” tegasnya. -MalayaDailyToday
Discussion about this post