KUALA LUMPUR – Ibu tunggal, Loh Siew Hong bertindak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral oleh bekas suami, Muhammad Nagashwaran Muniandy, tanpa persetujuannya hari ini.
Siew Hong dalam notis rayuannya telah melahirkan rasa tidak puas hati dengan keseluruhan keputusan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, pada 11 Mei lalu.
Untuk makluman, Wan Ahmad Farid membuat keputusan berkenaan selepas menolak permohonan semakan kehakiman Siew Hong bagi mencabar pengislaman tiga anaknya, sekali gus memohon untuk membatalkan pengislaman terbabit.
Dalam penghakimannya, Wan Ahmad Farid berkata, tiada bukti dikemuka di mahkamah bahawa agama pasangan kembar perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun sudah ditukar semula kepada Hindu
Hakim juga berkata ibu tunggal itu tidak pernah menafikan tiga anaknya masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat, walaupun ketika berada dalam jagaannya.
“Tiada bukti semua kanak-kanak itu sudah berhenti menganut agama Islam, oleh itu kebajikan mereka dalam pengertian kes Indira Ghandi menetapkan status quo harus kekal. -MalayaDailyToday
Discussion about this post