KUALA LUMPUR – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukannya disebabkan kesilapan rakyat sebaliknya pengundi sudah bijak memilih siapakah mampu membela nasib mereka.
Itu kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, kemenangan Perikatan Nasional (PN) dengan undi majoriti adalah luar biasa dan kehendak rakyat itu sendiri.
Kata Shahidan yang merupakan bekas pemimpin tertinggi UMNO, dirinya menjangkakan Barisan Nasional (BN) dan parti penyokong kerajaan Perpaduan bakal berdepan laluan sukar bagi meraih sokongan rakyat pada Pihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
“Saya nak cakap tentang kenyataan (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebelum ini mengatakan kononnya pengundi yang melakukan kesilapan dengan memilih PN pada PRU15 lalu telah tersedar dan akan menyokong BN dalam PRN nanti.
“Ahmad Zahid yang seharusnya kena sedar majoriti yang diperolehi PN itu begitu luar biasa sedangkan beliau sendiri pun hanya dapat majoriti 348 undi sahaja,” katanya.
Ahmad Zahid sebelum ini mendakwa dirinya yakin pengundi yang telah melakukan kesilapan memilih PN dalam PRU15 lalu akan beralih sokongan bagi menyokong BN dan parti sekutunya dalam PRN tidak lama lagi.
Jelas Presiden UMNO itu, BN bersama Pakatan Harapan (PH) yakin mampu menang di negeri-negeri majoriti Melayu yang ditadbir Pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu. -MalayaDailyToday
Discussion about this post