September 7, 2024
#BERITA

Parti dalam kerajaan perlu kerja keras pertahan kerajaan hari ini – Gobind

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu berusaha keras dan fokus dalam menerangkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Perpaduan sekarang adalah pilihan yang betul dan perlu dipertahankan.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo berkata, rakyat perlu mengetahui pemimpin yang berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan hari ini boleh bekerjasama demi rakyat.

“Kita kena terangkan kepada rakyat bahawa pilihan yang sedia ada adalah pilihan yang betul. Kita ada sekumpulan yang sedia bekerjasama untuk buat kebaikan, untuk masyarakat dan negara.

“Ini yang hendak kita kukuhkan dan bergerak ke depan. Rakyat yakin pemerintahan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan bukan sahaja untuk lima tahun tetapi pilihan raya akan datang. Kita semua di sini beri sokongan penuh kepada kepimpinan Anwar,” katanya.

Jelas Gobind dalam nada bersemangat, parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bergerak dalam satu satu matlamat. -MalayaDailyToday

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *